fbpx

Wanita tidak bersalah dipenjara 43 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandra Hemme dibebaskan dari penjara di Chillicothe Correctional Center, negeri Missouri selepas 43 tahun. - UPI

CHILLICOTHE, MISSOURI – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) dibebaskan setelah 43 tahun menjalani hukuman penjara selepas dia didapati tidak bersalah berhubung pertuduhan membunuh seorang pustakawan pada 1980, lapor akhbar Metro UK kelmarin. 

Sandra Hemme yang kini berusia 64 tahun, dibebaskan dari penjara Chillicothe Correctional Center (CCC) di negeri Missouri selepas sabitan terhadapnya dibatalkan pada 14 Jun lalu. 

Sebuah mahkamah memutuskan bahawa Hemme tidak bersalah selepas meneliti semula bukti yang dikemukakan. 

“Hemme ialah wanita paling lama yang dipenjarakan secara salah di AS,” kata pasukan undang-undang pertubuhan bantuan guaman Innocence Project. 

Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup berhubung kematian pustakawan, Patricia Jeschke di St Joseph pada 1980. 

Selepas semakan menyeluruh, Hakim Horsman memutuskan bahawa Sandra dibius dan mengalami masalah mental ketika disoal siasat di sebuah hospital psikiatri selepas pembunuhan.

“Selain pengakuan, tiada bukti lain mengaitkan Hemme dengan jenayah ini,” kata pendakwa raya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI