fbpx

GRO jadi dalang sindiket dadah RM8.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIBUAN abdullah (depan) menunjukkan guni-guni bersi bungkusan dadah dipercayai jenis Methamphetamine seberat 273.7 kg. FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

NILAI – Seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan selepas dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah jenis methamphetamine bernilai lebih RM8.7 juta untuk pasaran  Lembah Klang.

Wanita tempatan berusia 35 tahun itu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex di Bandar Puteri Puchong, Selangor pada 5 Julai lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Ribuan Abdullah berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui 13 guni mengandungi 268 bungkusan label teh herba Cina.

“Bungkusan itu mengandungi bahan kristal jernih disyaki methamphetamine seberat 273.7 kilogram (kg) bernilai RM8.7 juta,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM, Kampung Jijan di sini hari ini.

Menurut Ribuan, dadah tersebut diperoleh dari negara jiran dan dibawa ke Lembah Klang melalui jalan darat dengan menyembunyikannya dalam guni bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kenderaan Hyundai Starex itu dipercayai bergerak dari utara tanah air dan disewa dengan bayaran RM1,320 untuk dua hari,” jelasnya.

Jelas beliau, berdasarkan siasatan dadah itu dipercayai dijual pada harga RM32 sekilogram. Suspek wanita itu direman selama 11 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI