fbpx

[VIDEO] Tapir sesat masuk surau di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Tapir Malaya betina yang sesat di dalam kawasan surau di Kajang semalam.

PETALING JAYA – Seekor tapir Malaya betina ditemukan sesat di kawasan Surau Al-Hidayah, Bandar Teknologi Kajang, Selangor semalam.

Menerusi perkongsian video di Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Selangor mendapati tapir betina itu berada dalam keadaan sihat.

“Operasi ini dijalankan setelah menerima aduan daripada pengurusan surau terbabit.

“Tapir tersebut telah dilepaskan semula ke habitat yang sesuai,” katanya dalama hantaran hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seekor tapir jantan seberat 250 kilogram berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 2.4 meter yang dipenuhi lumpur di sebuah ladang kelapa sawit di Rantau Abang, Dungun dekat Terangganu pada 15 Jun lalu.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, empat anggota Perhilitan bergegas ke lokasi kejadian, manakala kerja-kerja menyelamat terpaksa dilakukan secara manual berikutan ketiadaan jentera berat ekoran inisden itu berlaku lewat petang dan hari cuti minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI