fbpx

Unit K9 bantu kesan Leo Jia Hui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJING dari unit K9 Polis Diraja Malaysia turut digunakan untuk mengesan kanak-kanak yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, kelmarin.

ISKANDAR PUTERI – Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan polis dalam usaha mengesan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Tinjauan pemberita mendapati beberapa anggota polis sedang melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dengan dibantu seekor anjing.

Kawasan pemeriksaan meliputi persekitaran lokasi penganjuran acara Bon Odori di Eco Galleria, di sini.

Usaha anggota polis tersebut turut disaksikan beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa iaitu Albertine Leo Jia Hui, 6.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan memberitahu, kali terakhir kanak-kanak itu dilihat berpakaian baju T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan berseluar pendek.

“Lokasi terakhir kanak-kanak berusia enam tahun itu dikesan adalah di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI