HUBUNGAN asmara antara Tom Holland dan Zendaya terjalin selepas kedua-duanya membintangi filem Spider-Man: Homecoming pada 2017.
Bagaimanapun, pasangan terkenal Hollywood itu enggan mengakui hubungan mereka sehinggalah pada 2021.
Kata sumber, kemesraan yang dipamerkan telah membuatkan mereka menjadi antara contoh pasangan ideal.
“Masyarakat melihat mereka sebagai pasangan yang sempurna dan tidak mempunyai cela.
“Jadi disebabkan itu mereka digelarkan sebagai pasangan contoh oleh peminat,” katanya sumber terbabit. – KOSMO! ONLINE