fbpx

Tiada lagi hantaran tentang kemoterapi sampai bila-bila – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elyana menegaskan, dia tidak akan lagi berkongsi tentang perjalanannya sembuh daripada kanser kepada netizen.

PETALING JAYA – Dimaki dan dihamun selepas menolak untuk tidak dijadikan ‘kaunter pertanyaan’ netizen berhubung penyakit kanser, penyanyi Elyana memilih enggan berkongsi lagi mengenai perjalanan rawatan kemoterapi yang pernah dilaluinya.

Ujar Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, dia hanya mampu mendoakan mereka yang menghidapi apa-apa masalah kesihatan diberikan kesembuhan segera.

“Maaf. Tiada lagi hantaran mengenai perjalanan kemoterapi saya sampai bila-bila.

“Saya doakan kepada anda yang sakit akan mendapat kesembuhan yang luar biasa daripada Allah SWT,” katanya menerusi InstaStory.

Menerusi perkongsian sama, ibu kepada dua anak itu menitipkan kata-kata semangat agar mereka menjaga diri dan cekal menempuh segala ujian.

“Tolong jaga diri baik-baik, kuatkan semangat. Saya tahu kalian lagi kuat daripada saya.

“Selamat meneruskan kehidupan. Saya sayang anda semua,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi Kalis Rindu itu bengang kerana dianggap seperti kaunter pertanyaan hospital tetapi tetap dihamburkan pelbagai kecaman apabila memberikan jawapan tidak memuaskan hati.

Terdahulu, dia mendedahkan menghidap barah limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim empat pada 2017.

Begitupun, Elyana yang sudah disahkan bebas kanser limfoma sekitar tiga tahun lalu pernah menyatakan ‘berhutang’ satu lagi sesi kemoterapi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI