fbpx

Terlalu banyak dakwaan, ia akan ganggu tugas polis – Ibu Leo Jia Hui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU kepada Jia Hui menggesa masyarakat tidak menyebarkan maklumat tidak tepat kejadian kehilangan anaknya termasuk mendakwa telah dibawa lari seorang lelaki memasuki Singapura.

ISKANDAR PUTERI – Ibu kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, di sini, kelmarin menggesa masyarakat untuk henti menyebarkan maklumat tidak berhubung kejadian itu.

Leo Qieo Xin, 37, berkata, dia bimbang tindakan sedemikian akan mengganggu usaha mengesan anaknya serta siasatan yang sedang dijalankan pihak polis.

Katanya, terdapat banyak berita palsu dan tidak tepat berhubung kehilangan Albertine Leo Jia Hui, 6 yang telah tular di media sosial sejak kelmarin lagi.

“Terlalu banyak maklumat dan dakwaan orang ramai yang nampak anak saya di media sosial. Ini akan mengganggu tugas polis dalam usaha mengesan anak saya.

“Jadi saya minta semua pihak menghentikan sebaran maklumat yang tidak tepat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang, di sini hari ini.

Terdahulu, tular di platform media sosial orang awam mengesan kanak-kanak itu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru bersama seorang individu lelaki yang didakwa sedang dalam perjalanan ke Singapura.

Tambah wanita yang membuka gerai menjual air minuman di acara tersebut lagi, dia dalam keadaan trauma dan bimbang kerana tidak tahu bagaimana keadaan anak perempuannya itu.

Kanak-kanak itu hilang daripada pandangannya dipercayai ketika Qieo Xin sedang melayan pelanggan yang berkunjung ke gerainya.

Difahamkan, keluarga itu berasal dari Kluang dan berkunjung ke Iskandar Puteri untuk membuka gerai jualan pada acara tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI