fbpx

Tanah warta Orang Asli terbesar di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) bergambar bersama pelajar cemerlang SPM 2023 Orang Asli, selepas Majlis Pelancaran santuni masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sejumlah 13,373 hektar tanah telah diwartakan sebagai tanah Orang Asli di Perak, sekali gus dianggap yang terbesar berbanding negeri-negeri lain.

Kerajaan negeri melihat perancangan serta pembangunan tanah yang sistematik perlu disediakan untuk manfaat pewartaan bagi tujuan ekonomi dan pendapatan kepada Orang Asli.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri telah pun menghantar permohonan kepada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah tentang cadangan pembinaan rumah baharu untuk Orang Asli.

Jelasnya, perkara itu turut dinyatakan sewaktu kerajaan negeri menyertai Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) baru-baru ini dalam mengatasi keperluan pembinaan rumah baharu tersebut.

“Sebelum ini memang ada bantuan bina rumah baharu diberikan kepada masyarakat Orang Asli yang namanya ada dalam senarai e-Kasih.

“Rumah itu pun lama dah dibuat. Sekarang dikatakan generasi kedua pula, mereka memohon. Jadi kita membuat permohonan. Dalam MaPOA, kita sebut perkara itu sebab itu keperluan bagi masyarakat Orang Asli untuk mendapat rumah yang selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin 2024 di sini hari ini yang dihadiri lebih 100 wakil masyarakat Orang Asli di Perak.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian anugerah dan penghargaan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang membantu masyarakat Orang Asli di Perak selain meraikan pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI