fbpx

Suami langgar kereta isteri kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelaku dipercayai melakukan aksi tersebut akibat rasa cemburu terhadap isterinya yang didakwa mempunyai lelaki lain. - Liputan6.com

JAKARTA – Seorang suami nekad mengejar dan melanggar kereta yang membawa isteri dan anaknya selepas mangsa didakwa mempunyai hubungan dengan lelaki lain, lapor saluran berita Merdeka.com semalam. 

Kejadian berlaku di Sukabumi dekat Balai Polis Cibeureum, wilayah Jawa Barat. 

Menurut pegawai polis Cibeureum, AKP Suwaji, motif suspek dipercayai berpunca daripada rasa cemburu terhadap isterinya.

“Pelaku dilaporkan mengejar kereta berkenaan sebelum melanggarnya di Jalan Garuda Cibeureum,” kata Suwaji. 

Pelanggaran menyebabkan kerosakan pada bahagian kereta dan sebuah gerai makan. 

“Suspek ditahan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” tambah Suwaji. 

Menurut mangsa, dia kerap diugut oleh suaminya kerana didakwa mempunyai lelaki lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI