fbpx

Rusuhan Bangladesh: Rakyat Malaysia dipindahkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasan pada sidang akhbar selepas perjumpaan bersama Persatuan Ibu Bapa Pelajar Bangladesh Malaysia untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang terkandas di Bangladesh, di Wisma Putra, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang kesemua warga Malaysia yang terkandas di Bangladesh susulan situasi rusuhan ganas buruk di negara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau sudah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan kelulusan agar pelan evakuasi dilaksanakan.

“Pagi tadi saya telah bercakap menerusi telefon dengan beliau yang mengarahkan supaya rancangan bawa balik disegerakan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Putra hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan khas dengan sekumpulan ibu bapa pelajar Malaysia di negara itu selama sejam yang diketuai Mejar Jeneral (Bersara) Nubli Hashim.

Ketegangan di Bangladesh tercetus ekoran bantahan ribuan pelajar terhadap keputusan Mahkamah Agung yang menetapkan kuota pekerjaan sektor kerajaan pada 5 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI