fbpx

Ringgit catat nilai tukaran terendah tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari lalu, berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Kewangan berkata, ringgit diniagakan pada paras 4.6642, berbanding 4.7987, yakni nilai tukaran yang terendah yang pernah dicatatkan setakat 17 Julai tahun ini.

Menurut kenyataan itu, Kadar Pertukaran Efektif Normal (NEER) ringgit, yang merupakan kayu ukur prestasi ringgit berbanding rakan dagangan utama, juga telah meningkat sebanyak 3.4 peratus.

“Ini berikutan usaha untuk menggalakkan aliran masuk dana yang lebih konsisten ke dalam pasaran kewangan domestik, termasuk penghantaran balik dan pertukaran pendapatan pelaburan asing oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC/GLICs).

“BNM telah dan akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.

“Perkara ini termasuk mengambil langkah operasi intervensi dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan,” katanya dalam jawapan bertulis pada sidang Dewan Negara, di sini, hari ini.

Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Shamsuddin Abd. Ghaffar yang meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah usaha pihak kerajaan ke arah penambahbaikan nilai ringgit berbanding Dolar AS dan bilakah usaha itu akan berjaya

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, BNM juga giat menjalankan usaha libat urus dengan syarikat korporat, pengeksport dan pengimport, serta pemantauan penukaran hasil eksport kepada ringgit terhadap syarikat pengeksport.

Ujarnya, kerajaan kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan polisi-polisi pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal melalui pelbagai usaha yang telah dijalankan.

“Antaranya pelaburan yang diluluskan kekal menggalakkan bagi tahun 2023 (2023: RM330 bilion; 2022: 267.8 bilion). Pada suku pertama tahun ini (S1 2024: RM89.7 bilion; S1 2023: RM71.4 bilion).

“Selepas enam tahun, JP Morgan telah menaikkan taraf Malaysia daripada ‘underweight’ kepada neutral berikutan polisi pembaharuan struktur yang telah dilaksanakan, termasuk pelaburan dalam membangunkan pusat hub data serantau dan teknologi hijau.

“Ini menunjukkan bahawa pelabur kekal yakin terhadap perkembangan ekonomi negara. Aliran masuk dana dan pelaburan asing ini dijangka berterusan dan menyokong pengukuhan nilai ringgit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI