fbpx

Remaja direman noda kenalan perempuan hingga hamil 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAJA lelaki direman tujuh hari oleh Mahkamah Masjistret Kuala Kangsar bagi membantu siasatan kes rogol kenalan perempuan di Lenggong April lalu.

KUALA KANGSAR – Seorang remaja lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol kenalan perempuan di Lenggong pada April lalu.

Perintah reman sehingga Ahad depan terhadap remaja berusia 17 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tempoh reman itu dipohon pihak polis untuk siasatan lanjut terhadap suspek dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Terdahulu, suspek yang memakai baju T berwarna kuning dan seluar celoreng itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Kangsar sekitar pukul 9 pagi dan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk prosiding reman.

Difahamkan, tangkapan terhadap remaja itu dibuat sekitar pukul 9 malam tadi di rumahnya di Lenggong susulan laporan polis oleh mangsa berusia 17 tahun semalam.

Mangsa dikatakan membuat laporan polis selepas pemeriksaan dilakukan di Klinik Kesihatan Lenggong mendapati remaja itu hamil tujuh bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas remaja itu dan memaklumkan usaha sedang dijalankan bagi mengesan seorang lagi suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI