fbpx

Pulih 2.0 ringankan beban kewangan pelanggan CBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar.

PETALING JAYA – Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) meneruskan Kempen Pemulihan Kewangan Pelanggan (Pulih) yang diperkenalkan tahun lalu, dengan menyasarkan pelanggannya yang berdepan masalah pengurangan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan asal.

Pulih 2.0 yang bermula 1 Jun 2024 sehingga 31 Disember 2024, memfokuskan kepada pelanggan pembiayaan peribadi CBP dan membolehkan mereka membayar hanya separuh (50 peratus) daripada ansuran asal pembiayaan mereka selama tiga tahun (36 bulan) sekiranya permohonan diluluskan.

Antara kriteria pelanggan yang layak memohon adalah bukan seorang yang muflis/bankrap, tidak berkemampuan untuk mengurus hutang, pendapatan terjejas, mesti mempunyai pendapatan bersih yang positif (bekerja/berhenti kerja dan mempunyai baki bersih positif) serta tidak memperolehi award tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)/penghakiman saman sivil.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, Pulih 2.0 merupakan inisiatif bagi membantu para pelanggan menguasai situasi kewangan dan merangka pelan pembayaran semula pembiayaan secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan pelanggan.

”Pulih 2.0 turut ditambahbaik dengan menurunkan peratus pengurangan pendapatan pelanggan daripada 25 peratus pada tahun 2023 kepada 10 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI