fbpx

Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyasaran rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 tidak berbangkit buat masa ini.

Anwar berkata, kerajaan ketika ini ingin menumpukan dengan memberi penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.

“Tak berbangkit dan kita ‘deal’ (urus) dengan diesel beri kefahaman betul, sebab kadang-kadang dipusingkan.

“Dan saya beritahu kalau betul ada masalah dengan diesel beritahu, tak mahu beban rakyat tapi kalau tak buat hasil tak bertambah, hutang bertambah,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika diwawancara oleh media asing memberitahu bahawa kerajaan akan melakukan cara yang sama ke atas RON95 dengan membuat kejutan seperti program rasionalisasi subsidi diesel.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan berkaitan subsidi bersasar itu di Dewan Rakyat pada Jun 26 Jun lalu, Rafizi berkata, pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan membantu kerajaan memperkukuh kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada.

Rafizi berkata, pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan membantu kerajaan memperkukuh kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada.

Tambah beliau, penjimatan daripada inisiatif penyasaran semula subsidi akan dipulangkan kepada rakyat melalui pelaksanaan program dan projek yang lebih diperlukan rakyat.

Katanya, ia termasuk penambahbaikan penyediaan perkhidmatan sosial dan kemudahan awam seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI