fbpx

Penerjun negara mampu bersinar di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WENDY (kiri) percaya Dhabitah (kanan) mampu menyerlahkan potensi sebenarnya di Paris kali ini.

BEKAS penerjun berpengalaman negara, Ng Yan Yee menaruh harapan cukup tinggi terhadap kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 terutama buat skuad terjun walaupun hanya dua atlet akan menyertai temasya itu bermula 26 Julai ini.

Skuad terjun negara akan diwakili Bertrand Rhodict Lises dalam acara 10 meter (m) platform individu lelaki diikuti Nur Dhabitah Sabri untuk kategori 3m papan anjal wanita.

Yan Yee yang mesra disapa Wendy pernah bersaing dalam tiga Sukan Olimpik sejak London 2012 berharap dua penerjun itu dapat menikmati setiap persembahan di Paris nanti.

“Setiap mereka yang bergelar atlet semestinya meletakkan impian untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik. Bagaimanapun, untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik bukan mudah.

“Jadi setelah impian ke Olimpik tercapai, perkara paling penting adalah memberikan yang terbaik,” kata Wendy yang sudah bersara dan kini bergelar jurulatih terjun Kuala Lumpur.

Acara terjun berlangsung di Pusat Akuatik St. Denis, Paris dengan Dhabitah akan memulakan cabaran pada 7 Ogos diikuti Bertrand dua hari kemudian dalam sesi kelayakan masing-masing.

Sebagai rekod, hanya Bertrand layak secara merit selepas mempamerkan aksi memukau ketika Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun tahun lalu, manakala Dhabitah dipilih Persekutuan Renang Malaysia (MAS) ke Olimpik Paris menerusi tiket tambahan daripada Akuatik Dunia.

Pada edisi lalu di Tokyo 2020, kem terjun Malaysia termasuk Dhabitah, Wendy, Leong Jun Hoong, Datuk Leong Mun Yee dan Datuk Pandelela Rinong Pamg gagal membawa pulang sebarang pingat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN