fbpx

Murid lembam tidak mahu balik sekolah, rupanya sebab…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja ladang (kiri) direman enam hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang murid perempuan lembam di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sikap seorang murid perempuan orang kurang upaya (OKU) kategori lembam yang enggan pulang ke rumahnya selepas sesi persekolahan membongkar rahsia dia menjadi mangsa seksual jirannya.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendakwa dia diperkosa beberapa kali oleh jirannya yang merupakan warga emas berusia 63 tahun sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa disantuni seorang guru yang curiga selepas mendapati kanak-kanak tersebut enggan pulang ke rumah walaupun sesi persekolahan sudah berakhir.

“Selepas ditanya, kanak-kanak itu akhirnya membuka mulut dan mengaku dia takut pulang ke rumahnya kerana mendakwa pernah diperkosa jirannya.

“Guru tersebut kemudia memaklumkan perkara itu kepada ibu mangsa yang merupakan warga Indonesia sebelum wanita itu membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan memberitahu, suspek yang merupakan pekerja ladang ditangkap pada pukul 5 petang semalam bagi membantu siasatan. Lelaki itu direman selama enam hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI