fbpx

Meta mohon maaf salah terjemah berkaitan pertabalan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – META memohon maaf atas kesilapan terjemahan automatik menerusi satu entri di Facebook berkaitan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara yang tular semalam.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Dasar Awam META Asia Tenggara, Rafael Frankel, berkata pihaknya menerima maklum mengenai kesilapan terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Akuinya, terjemahan itu menjejaskan catatan di Facebook RTM berkaitan istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan hari keputeraan Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

“Kami sudah menyelesaikan kesilapan teknikal ini.

“Kami amat menghormati Kerabat Diraja Malaysia dan dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada RTM, Majlis Diraja Johor dan lain-lain yang terkesan dengan acara ini,” menurut kenyataan itu.

Semalam, RTM tampil menjelaskan pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, pada 20 Julai lalu.

Sebaliknya, RTM memaklumkan apa yang dipaparkan di laman Facebook rasminya adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.

Sementara itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebooknya turut melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI