fbpx

Mayat Haqim dijumpai tersangkut batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Haqim (gambar kecil) yang ditemui hari ini pada kedudukan 1 km dari persisir Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Mayat seorang lagi lelaki lemas ketika mandi Pantai Batu Layar di sini kelmarin ditemui pagi tadi kira-kira 1,000 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Mohammad Saifulizam Mohd. Rofi berkata, mayat Haqim Abdul Rahim Lee, 20 dijumpai kira-kira pukul 7.45 pagi oleh pihak bomba.

“Mangsa dijumpai pada jarak 1,000 meter daripada lokasi terakhir mangsa dilihat. Mayat ditemui dalam keadaan tersangkut di batuan pantai.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan kegembiraan dua sahabat mandi manda di Pantai Batu Layar di sini pagi tadi bertukar duka selepas hilang dikhuatiri lemas.

Mayat rakannya, Muhammad Syahmi Zamzam, 26, berjaya ditemui 50 meter dari persisir pantai oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 3.15 petang semalam.

Difahamkan, kedua-dua mangsa bersama rakan-rakan mereka yang lain datang ke Pantai Batu Layar untuk berkelah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI