fbpx

‘Mantap PDRM, bukan senang cari barang hanyut!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang ditemui semasa operasi pencarian bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini.

PETALING JAYA – Kejayaan Unit Skuba (Unit Forensik) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan bahan bukti bagi kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, dipuji ramai.

Rabu lalu, media melaporkan polis menemui telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini yang dibuang dalam parit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Keesokannya, beg tangan Nur Farah Kartini ditemui di Sungai Trolak Kampung Batu 4, manakala hari ini, dompet serta kad pengenalan dipercayai milik arwah pula ditemui di lokasi sama, kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi.

Selain itu, kunci kereta turut ditemui pada pukul 11.20 pagi, namun belum dapat dipastikan pemiliknya.

Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai teruja dengan kemahiran dan kecekapan pihak polis, malah ada yang tertanya-tanya apakah peralatan yang digunakan bagi menjayakan operasi tersebut.

“Hebat, bukan mudah nak jumpa benda senang hanyut ni!,” puji seorang pengguna.

“Dasyat betul, boleh jumpa ya? Alat apa mereka pakai agaknya? Setakat tengok dengan mata boleh ke? Sungai bukan kecil tu, arus lagi,” soal Azlan Mohd.

“Mantap pasukan PDRM,” ujar Leng Kuas.

“Terbaik hero-hero kita. Semoga keadilan dapat di tegakkan,” kata Norddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI