fbpx

Lelaki kencing di tempat wuduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelaku ditahan sebelum dibawa ke balai polis berdekatan. - Tribunnews

JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki yang selamba membuang air kecil di tempat wuduk sebuah masjid di Palembang mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Masjid Agung Palembang sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu lalu. 

Lelaki tersebut ditahan selepas seorang wanita yang mengunjungi masjid berkenaan menyaksikan perbuatan biadab itu. 

“Dia (lelaki) tidak membuang air kecil di dalam tandas, malah melakukannya di tempat mengambil wuduk,” kata saksi. 

Pengawal keselamatan Masjid Agung yang dikenali sebagai Yanto berkata, dia segera menahan suspek dan membawanya ke balai polis berdekatan. 

“Setelah menerima aduan daripada saksi, saya dan petugas lain segera menahan suspek. Dia juga mengaku bahawa perbuatannya salah,” kata Yanto. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI