fbpx

KPT sedia bantuan dalam proses evakuasi pelajar Malaysia di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry. Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri bagi menyediakan bantuan dalam proses evakuasi pelajar Malaysia di Bangladesh.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, proses itu yang melibatkan seramai 124 pelajar Malaysia akan dilakukan dalam keadaan segera.

“KPT menyambut baik dan berterima kasih keputusan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melakukan evakuasi kepada keseluruhan rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh susulan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu.

“KPT akan bekerjasama dengan KLN dengan menyediakan segala bantuan yang diperlukan ketika ketibaan rakyat Malaysia nanti termasuklah kaunseling, penginapan dan bantuan logistik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zambry berharap agar proses evakuasi tersebut berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia di Bangladesh dapat tiba di tanah air dengan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI