fbpx

Kongsi pengalaman ditahan SPRM, pasangan influencer dikecam ‘tryhard’ nampak tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian pasangan pempengaruh berkenaan tentang pengalaman sepanjang ditahan SPRM, di media sosial, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri pempengaruh Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, atau Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah Azhari, 26, yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, dikecam hebat pengguna media sosial.

Ia susulan perkongsian mereka secara langsung di media sosial tentang pengalaman sepanjang ditahan dengan riak wajah yang gembira.

Rata-rata berpendapat, pasangan berkenaan berusaha bersungguh-sungguh (try hard) membuktikan mereka tenang berdepan situasi berkenaan.

“Ini ke di panggil ‘tryhard’ nampak tenang?,” sindir @MasJoko.

“Kenapa aku rasa dia orang ni ‘tryhard’ nak nampak tenang, eh?,” soal @Janna Akhma.

“Ni namanya denial (penafian). Trying to divert (berusaha keras untuk melencong),” kecam seorang lagi pengguna.

Dalam masa sama, ada juga yang menggesa SPRM mengusahakan sesuatu supaya masyarakat tidak beranggapan, ditahan SPRM adalah sesuatu yang ‘indah’.

“SPRM boleh ke publicly disclosed (didedahkan secara terbuka) macam ni? Macam indah sangat kena tahan SPRM. Menggalakkan orang lain untuk buat perkara sama,” ujar pengguna lain.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang peguam yang dikenali sebagai Kak Ratu berpendapat, mereka tidak sepatutnya membuat siaran langsung serta berdiskusi tentang perkara tersebut.

Katanya, tindakan pasangan suami isteri terbabit boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai selain menganggap status orang yang disyaki (OYDS) adalah suatu yang tidak membebankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI