fbpx

Kes bunuh Farah Kartini: Suspek bakal disambung reman hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk permohonan lanjutan reman, hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

KUALA KUBU BHARU – Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, untuk permohonan lanjutan reman.

Suspek, 26, tiba di mahkamah dengan menaiki kenderaan polis dan memakai baju lokap oren.

Sebelum ini, suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Julai hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Bernam.

Mayat ditemukan apabila polis menahan suspek yang juga anggota polis selepas mangsa dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI