fbpx

Kerajaan sasar kurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion pada 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Perasmian Persidangan Cukai Nasional 2024, di KLCC, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion pada 2024 berbanding RM93 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyasaran itu adalah hasil daripada langkah kerajaan yang mengurangkan defisit kepada 4.3 peratus tahun ini berbanding lima peratus pada 2023 dan 5.6 peratus pada 2022.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hutang negara pada 2021 dan 2022 adalah sebanyak RM100 bilion tetapi dapat dikurangkan secara berperingkat pada tahun berikut.

“Pada tahun 2023 saya minta turunkan jumlah pinjaman sebanyak RM93 bilion dan dikurangkan lagi sebanyak RM86 bilion pada 2024.

“Kita mahu kurangkan kepada RM86 bilion berbanding RM100 bilion pada pentadbiran kerajaan lalu.

“Namun, kita perlu faham angka ini tidak boleh dikurangkan secara mendadak kerana kerajaan masih memerlukan agenda pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC) 22 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk meningkatkan kecekapan bagi memastikan kerajaan dapat memperoleh hasil yang lebih baik tahun ini.

“LHDN memainkan peranan besar untuk memastikan kelangsungan kewangan Malaysia pada masa hadapan.

“Malaysia berpotensi terjerumus ke dalam masalah kewangan yang besar kerana asas percukaian negara adalah sangat kecil dan sekiranya hasil yang dikutip juga rendah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan LHDN untuk mengambil langkah baharu bagi memenuhi keperluan semasa menerusi kecekapan perlu dipertingkatkan dengan pelbagai usaha seperti pendigitalan.

“Saya berharap LHDN dapat menambahkan hasil dari unjuran.

“Walaupun begitu, pastikan setiap sen dan ringgit yang dibayar tidak membebankan rakyat dan syarikat melebihi had yang ditetapkan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI