fbpx

Kelindan lori perkosa gadis 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD HAFIZUL didakwa melakukan amang seksual dan merogol gadis 13 tahun di rumahnya di Kampung Renchong, Pagoh, Muar, April tahun lalu.

MUAR – Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan amang seksual dan merogol gadis berusia 13 tahun, April tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Hafizul Haziq Zulkefli, 19, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja itu bagi maksud seksual dan merogol mangsa pada April 2023, pukul 2 petang.

Kesalahan itu dilakukan di bilik tidur rumah di Kampung Renchong, Pagoh Muar, Johor.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak lebih 20 tahun serta boleh dihukum dengan hukuman sebat.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa yang juga kenalannya pada masa dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikh Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pengesahan dokumen dan jaminan RM8,000 ditawarkan kepada tertuduh dengan seorang penjamin termasuk tidak boleh mengganggu mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI