fbpx

J.Lo, Affleck cerai sebab obses kerja?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA kerja berbeza dikatakan menjadi punca keretakan hubungan J.Lo dan Ben Affleck.

PASANGAN selebriti Ben Affleck dan Jennifer Lopez (J.Lo) menjadi artis buruan ramai terutama selepas berita mengenai keretakan rumah tangga mereka tular sejak sekitar April lalu.

Setiap apa atau di mana mereka berada, pasangan tersebut sentiasa meraih sorotan pihak media.

Disebabkan itu, Affleck mendakwa dirinya kini seperti tidak memiliki privasi kerana sejak berkahwin dengan J.Lo, kedua-duanya sering menjadi buruan media.

Kata sumber, Affleck memiliki gaya hidup dan kerja yang berbeza dengan J.Lo.

“Hampir setiap hari jika J.Lo ingin keluar, dia akan memastikan pasukanya termasuk jurusolek, tatarias mahupun jurugambar ikut bersama.

“Berbeza dengan Affleck yang boleh memilih sama ada mahu bekerja atau tidak. Bagi J.Lo, dia perlu sentiasa 24 jam bersedia dan ‘setia’ pada kerja,” kata sumber.

Susulan itu, sumber berkenaan turut tidak menolak antara punca perceraian mereka adalah disebabkan kesibukan dan perbezaan cara kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI