fbpx

Ibu maut, anak 3 tahun parah nahas dua kenderaan bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua kenderaan yang terlibat kemalangan di Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Kandis, Pasir Puteh hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

PASIR PUTEH – Seorang wanita maut manakala anak perempuannya yang berusia tiga tahun parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Kandis di sini hari ini.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu meninggal dunia di semasa sedang dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis di sini selepas tersepit di dalam kereta jenis Perodua Viva yang dia pandu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.56 pagi tadi.

Menurutnya, sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai bomba.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, mangsa bersama anak perempuan dan seorang wanita dipercayai adik iparnya berusia dalam lingkungan 20-an menaiki kereta Perodua Viva terlibat nahas dengan sebuah SUV jenis Toyota Corolla Cross.

“Ketiga-tiga mangsa terperangkap di dalam kereta itu sebelum anggota bomba mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azhar Elmi memberitahu, wanita itu disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan kira-kira pukul 7.30 pagi semasa sedang dalam perjalanan ke hospital.

Menurutnya, pemandu SUV Toyota Corolla Cross yang berusia 34 tahun dan seorang penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI