fbpx

Habuan RM50,000 bawa pulang kanak-kanak hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganjaran sebanyak RM50,000 diberikan kepada mereka yang dapat menjumpai kanak-kanak perempuan yang hilang sejak 20 Julai lalu.

PETALING JAYA – Sebuah syarikat konsultan kewangan menawarkan ganjaran sebanyak RM50,000  sekiranya menemui seorang kanak-kanak perempuan yang hilang sejak 20 Julai lalu kepada mereka.

Ganjaran hanya diberikan setelah membawa kanak-kanak perempuan itu ke syarikat tersebut.

Syarikat itu juga meminta orang ramai untuk sama-sama membantu mencari maklumat mengenai kanak-kanak perempuan yang hilang.

“Jika anda mempunyai sebarang petunjuk, sila hubungi nombor rasmi iaitu di talian 011-55504047 dengan segera.

“Maklumat akan dirahsiakan. Tiada gurauan, hanya maklumat tepat diperlukan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang semasa Festival Jepun Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru kira-kira jam 8.30 malam 20 Julai lalu.

Difahamkan, mangsa disedari hilang oleh bapanya sebelum membuat pencarian di sekitar kawasan tetapi tidak menjumpainya.

Sementara itu, kehilangan kanak-kanak itu menjadi tular di pelbagai platform media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau dilaporkan turut berkongsi hantaran yang tular itu di platform media sosial rasminya dalam usaha membantu mengesan kanak-kanak berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa pihak juga tampil menawarkan wang ganjaran kepada mana-mana individu yang berjaya menemui kanak-kanak perempuan tersebut.

Seorang pemilik kafe yang dikenali sebagai Phang berkata, dia menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan Albertine Leo Jia Hui, 6.

“Sesiapa yang berjaya bantu menemukan kanak-kanak itu boleh ke Six Cafe Borneo yang beralamat di Taman Stulang Laut untuk mengambil duit RM10,000,” tulisnya seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Tambahnya, pihak yang menjumpai kanak-kanak tersebut juga boleh menghubunginya di talian 011-36693611.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI