fbpx

Giliran Singapura jadi mangsa, skuad B-19 pamer aksi lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain gantian, Faris Danish berjaya mencetak nama selaku penjaring pada aksi bertemu Singapura sebentar tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 (B-19) negara mempamerkan aksi lima bintang apabila menewaskan negara jiran, Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C saingan Kejuaraan ASEAN B-19 di Stadium Gelora, Surabaya sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad remaja Harimau Malaya tidak mempunyai masalah unuk mendahului 3-0 pada babak pertama hasil ledakan Ridzwan Rosli pada minit ke-7, Naim Zainudin (m-12), dan G. Pavithran (m-45).

Bersambung pada separuh masa kedua, tambahan dua jaringan telah dilakukan oleh Farish Danish pada minit ke-73 sebelum Izzat Syahir melengkapkan kemenangan bergaya negara berselang tujuh minit kemudian.

Kejayaan meraih tiga mata itu menaikkan lagi semangat skuad kendalian Juan Torres Garrido untuk mengharungi aksi terakhir perlawanan Kumpulan C menentang Thailand pada Khamis ini dalam usaha layak secara automatik ke pusingan kalah mati.

Sebagai rekod, juara setiap kumpulan dan satu naib juara terbaik akan lolos ke pusingan separuh akhir pada kempen kali ini.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Thailand Berjaya menewaskan Brunei dengan kemenangan 6-0.

Pasukan B-19 negara merupakan juara bertahan selepas mendominasi edisi 2022 dengan menewaskan Laos 2-0 di pentas final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN