fbpx

Freaky Friday 2 kembali selepas 2 dekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM komedi fenomena, Freaky Friday 2 bakal menemui penonton tidak lama lagi.

PEMINAT filem komedi pastinya tidak sabar menantikan kemunculan naskhah Freaky Friday 2.

Setelah hampir 20 tahun, sekuel filem lakonan Jamie Lee Curtin dan Lindsay Lohan dikatakan bakal menemui penonton.

Difahamkan, idea asal itu berlaku selepas Lohan membuat kemunculan semula dalam filem Falling For Christmas pada 2022.

“Saya melihat lakonannya (Lohan) dan mula mendapat idea untuk menghasilkan filem tersebut dengan Disney,” kata Curtin.

Dalam pada itu, Lohan turut mengesahkan filem tersebut kini sedang dalam proses pembikinan.

“Peminat tentunya teruja kerana Disney mengesahkan filem itu kini secara rasmi dalam pembikinan,” ujar Lohan.
Selain Lohan dan Curtin, filem itu turut dibintangi oleh Chad Michael Murray.

Filem komedi fenomena, Freaky Friday 2 bakal menemui penonton tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI