fbpx

EPL: Liverpool intai khidmat bintang Sociedad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUBO menjadi sasaran utama Liverpool yang membuat persediaan sekiranya kehilangan Salah. - AFP

LONDON – Liverpool dilapor memantau secara dekat perkembangan pemain sayap Real Sociedad, Takefuso Kubo dengan tawaran bakal disiapkan sedikit masa lagi untuk diberikan kepada kelab dan pemain itu.

Kubo mempamerkan prestasi terbaik sejak beberapa musim lalu bersama Sociedad selepas menyertai pasukan itu dari Real Madrid pada 2022 biarpun kariernya dianggap tidak berjalan seperti dirancang selepas meninggalkan Santiago Bernebeu.

Pada usia 23 tahun, Kubo masih memiliki peluang dan masa depan yang cukup cerah, malah sekiranya penghijrahan ke Liverpool menjadi realiti, ia dianggap permulaan untuk pemain antarabangsa Liverpool membuktikan kualiti sebenar.

Menurut laporan di Jepun, Liverpool sedang menyiapkan dana sebesar £54.8 juta (RM331.39 juta) dan nilai itu lebih tinggi berbanding klausa pelepasan yang ada dalam kontrak Kubo bersama Sociedad.

Sekiranya perjanjian tersebut terlaksana, Kubo bakal menjadi pemain termahal Jepun sepanjang zaman dan menjadi pemain Jepun pertama menerima pendapatan yang tinggi apabila Liverpool bersedia menawarkan gaji mingguan sebanyak £240,000 (RM1.45 juta).

Bagaimanapun, proses perpindahan Kubo hanya akan berlaku sekiranya The Reds terpaksa melepaskan khidmat bintang sensasinya, Mohamed Salah yang dikaitkan dengan penghijrahan ke Liga Arab Saudi.

Perkembangan itu menyebabkan Liverpool meletakkan Kubo sebagai sasaran utama mereka untuk melengkapkan skuad kendalian Arne Slot kerana dia memiliki kepantasan serta kelincahan yang mengagumkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN