fbpx

‘Duit pusaka arwah suami lesap, saya mahukan keadilan’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 25 mangsa pelaburan tidak wujud membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, hari ini.

GEORGE TOWN – Seramai 25 pelabur di negeri ini didakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat yang menawarkan skim pelaburan tidak wujud, sehingga menanggung kerugian kira-kira RM10 juta

Salah seorang mangsa yang merupakan peniaga, Ruzianzan Ibrahim, 40, berkata, dia juga ‘terjebak’ selepas rakannya mengajak dia mengikuti ceramah pelaburan dianjurkan syarikat pelaburan tersebut pada 2018.

“Saya mulakan pelaburan dengan nilai RM10,000, saya rasa pelaburan ini boleh dipercayai selepas setiap bulan dalam tempoh enam bulan saya dapat pulangan RM1,000 sebulan.

“Saya kemudiannya menambah pelaburan menjadi RM30,000, namun tidak lama kemudian saya sudah tidak dapat apa-apa pulangan daripada syarikat ini dan secara keseluruhannya RM40,000 wang saya hangus,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Lepas, di sini hari ini.

Suri rumah yang juga peniaga, Shahrija Nagore, 53, berkata, duit pusaka arwah suaminya bernilai RM45,000 lesap selepas dia diajak menyertai pelaburan tersebut oleh kontraktor yang menjalankan proses ubah suai rumahnya.

“Saya melabur bermula pada tahun 2018 hingga 2020, namun satu sen pulangan wang pelaburan pun saya tidak dapat. Bila saya tanya kepada syarikat pelaburan ni mereka kata adakah dunia nak kiamat kalau saya tidak dapat semula duit saya.

“Saya hanya mahukan keadilan kepada semua pelabur dan mereka yang terlibat menipu kami menerusi syarikat pelaburan ini menerima hukuman,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sebelum ini pengarah dan pegawai pemasaran syarikat tersebut telah didakwa di mahkamah pada 2021, namun kedua-dua mereka dibebaskan tanpa dilepaskan kerana ada pengadu menarik balik laporan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI