fbpx

Dortmund malu dibelasah kelab Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALLER (kiri) antara bintang utama Dortmund yang diturunkan ketika dibelasah BG Pathum 0-4 dalam aksi persahabatan semalam. - FB BG PATHUM UNITED

PATHUM THANI – Finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu, Borussia Dortmund menerima tamparan hebat sehingga menjadi bahan jenaka para peminat bola sepak Eropah selepas dibelasah BG Pathum United 0-4 di Stadium BG semalam.

Meskipun ia cuma aksi persahabatan dalam jelajah pramusim kelab itu di Asia, namun kekalahan di tangan BG Pathum yang ketika ini menghuni tangga keempat Liga Thailand merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.

Pengendali Dortmund, Nuri Sahin yang dilantik menggantikan Edin Terzic pertengahan bulan lalu, perlu segera mencari jawapan kepada permasalahan sedang berlaku dalam pasukannya.

Buat masa ini, Dortmund masih belum mengecapi kemenangan dalam dua perlawanan persahabatan pramusim termasuk seri 1-1 dengan kelab divisyen ketiga Jerman, Erzgebirge Aue minggu lalu.

Biarpun Dortmund menurunkan barisan campuran senior dan remaja, tetapi pasukan itu masih memiliki pemain-pemain berkelas antarabangsa seperti Julian Brandt, Karim Adeyemi, Sebastien Haller dan Niklas Sule.

Malangnya, percaturan Dortmund seakan tidak menjadi apabila BG Pathum terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Melvyn Lorenzen pada minit ke-14 sebelum bintang veteran Thailand, Teerasil Dangda menggandakan kedudukan di hujung babak pertama.

Biarpun Dortmund memegang penguasaan di separuh masa kedua dengan melancarkan banyak percubaan, tetapi ia masih gagal membantu untuk merobohkan benteng pertahanan BG Pathum.

Sebaliknya, BG Pathum yang berjaya meledak tambahan dua lagi gol menerusi Jaroensak Wonggorn pada minit ke-65 dan 89 untuk merakam kemenangan berharga 4-0 ke atas bekas juara Eropah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI