fbpx

Chaudhary Amrit diburu, langgar lari penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chaudhary Amrit diburu polis susulan kes langgar lari di Lorong Sungai Puloh, Klang malam tadi.

KLANG – Seorang lelaki warga Nepal diburu selepas disyaki terlibat dalam kemalangan maut melibatkan penghantar makanan sebelum melarikan diri dalam kejadian di Lorong Sungai Puloh, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa dikenali Mohd. Shafikri Abd. Halit, 23, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 20an telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan yang dilalui mangsa.

“Akibat jarak dekat, berlaku pertembungan antara kereta tersebut dan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Akibat pertembungan itu, mangsa telah tercampak ke bahu kiri jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memaklumkan pemandu kereta tersebut didapati melarikan diri selepas kenderaan terbabas di lorong kiri akibat kemalangan itu.

Jelas Vijay, semakan dan siasatan lanjut mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki warga Nepal yang juga pekerja kilang dikenali Chaudhary Amrit.

“Polis sedang giat mengesan pemandu kereta tersebut bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Surihan Samsudin ditalian 013-2082327.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI