fbpx

Bukan cicak, tapi biawak gergasi dalam bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan anggota bomba (Damkar) yang cuba menarik keluar biawak gergasi itu. - TikTok @andapribadi313

JAKARTA – Seorang penduduk di Indonesia terkejut apabila menemui seekor biawak gergasi bersembunyi di dalam bumbung rumahnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @andapribadi313, anggota-anggota bomba dan penyelamat (Damkar) dilihat menebuk lubang pada siling kediaman berkenaan. 

Rakaman turut memaparkan ekor dan kaki biawak yang terjuntai dari lubang yang ditebuk.

Selepas berulang kali melakukan percubaan untuk menariknya keluar, biawak itu akhirnya jatuh ke lantai.

Anggota-anggota bomba kemudian menangkap reptilia tersebut.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial dan mendapat 3 juta tontonan. Rata-rata, netizen terpegun dengan kepantasan dan kecekapan anggota Damkar. 

“Saya lihat Damkar di Indonesia sama seperti polis di Jepun, jika dihubungi,  mereka akan bergegas ke lokasi dengan segera. Mantap damkar,” kata netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI