fbpx

Bintang AS mahu status raja pecut Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LYLES (kiri) berjaya memenangi pingat emas 100m Liga Berlian di London awal pagi semalam menerusi catatan 9.81s. - AFP

LONDON – Bintang pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles meletakkan dirinya dalam prestasi sempurna sebelum memulakan cabaran memburu pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 apabila melakukan catatan peribadi terbaik pada aksi Liga Berlian awal pagi semalam.

Dalam acara pecut terakhir sebelum ke Olimpik Paris, Lyles tampil dengan larian cukup bertenaga menerusi catatan masa 9.81 saat (s) untuk menjuarai acara 100 meter (m) dalam aksi di Stadium London itu.

Lebih menarik, Lyles berjaya menewaskan lawan-lawan sama bakal dihadapinya di Paris nanti sekali gus menjadikanya antara pencabar yang sukar ditewaskan ketika Olimpik hanya berbaki lima hari sebelum membuka tirai secara rasmi pada 26 Julai ini.

“Sudah pasti ia menyeronokkan. Saya boleh mempunyai permulaan yang lebih baik. Peralihan itu hebat dan datang dengan penampilan peribadi terbaik.

“Saya mahukan catatan masa yang lebih pantas tetapi saya berdepan angin. Selepas membina keyakinan dan mengharunginya sejak 2021, inilah saya impikan dan apa yang saya mahukan,” katanya.

Dalam masa sama, Lyles turut memberi amaran bahawa dia meletakkan impian untuk melakar kemenangan di pentas sukan terbesar dunia itu.

“Saya akan menang, itulah yang selalu saya lakukan. Saya semakin pantas pada setiap minggu. Catatan peribadi saya semakin pantas dan saya mahu lakukan bawah 9.80s.

“Saya tahu di mana kedudukan saya dan kami akan mendapat lebih banyak perhatian. Saya telah menunggu lama untuk ini selama enam tahun,” jelas Lyles. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI