fbpx

Belum ada petunjuk jejak Nur Aina Faqihah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA OTHMAN dalam sidang akhbar di IPD Bentong hari ini.

BENTONG – Kehilangan seorang pelajar perempuan tingkatan lima di Felda Lurah Bilut sejak Isnin lalu terus menjadi misteri apabila belum ada petunjuk dalam usaha pencarian mangsa setakat ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis masih terus mempergiatkan usaha mengesan pelajar berkenaan, Nur Aina Faqihah Shahrizan, 17, selepas dia dilaporkan hilang pada 15 Julai lalu.

“Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan dan sehingga sekarang kita masih belum dapat ‘clue’ lagi kemana dia menghilangkan diri.

“Saya minta kerjasama daripada sesiapa yang mengenalinya sama ada rakan-rakannya untuk menghubungi pihak polis atau keluarga,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di sini hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan kes orang hilang semakin menjadi-jadi apabila tiga lagi kejadian terbaharu dilaporkan membabitkan tiga remaja perempuan di Petaling Jaya, Sungai Petani, Kedah dan Bentong, Pahang.

Dalam kejadian di Bentong seorang bapa dihimpit kebimbangan apabila anak perempuannya dilaporkan hilang dan gagal dikesan sejak Isnin lalu.

Shahrizan Mohd. Daud, 44, berkata, dia menyedari kehilangan Nur Aina Faqihah,17, selepas balik daripada kerja pada Isnin lalu.

Katanya, Nur Aina ada memaklumkan kepada adiknya dia hendak keluar sebelum anak ketiga daripada tujuh beradik itu tidak lagi dapat dihubungi.

Sementara itu Yahaya berkata, berdasarkan siasatan mendapati pelajar berkenaan dilaporkan pernah menghilangkan diri dari rumah beberapa kali sebelum ini.

Katanya pemeriksaan ke atas rakan-rakan terdekat mangsa juga masih belum mendapat sebarang maklumat dalam usaha pencarian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI