fbpx

Bapa tawar RM200 cari ‘Hello Kitty’ kesayangan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganjaran RM200 kepada mana-mana individu yang berjaya menjumpai patung kesayangan anaknya yang hilang beberapa hari lalu.

PETALING JAYA – Seorang bapa menawarkan ganjaran sebanyak RM200 kepada mana-mana individu yang berjaya menjumpai patung kesayangan anaknya yang hilang beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian bapa tersebut dikenali sebagai Aliff Zaki di laman X, katanya kali terakhir patung tersebut bersama anaknya adalah di sebuah inap desa dekat Kuala Terengganu.

“Siapa-siapa terjumpa plushie Hello Kitty anak saya, lokasi terakhir homestay (inap desa) Pok Usop dekat Kuala Terengganu. Dah minta owner (pemilik) cari tapi tak jumpa.

“Mana tahu ada terjumpa dimana-mana sekitar Kuala Terengganu, minta hubungi saya segera,” ciapnya hari ini.

Katanya, patung Hello Kitty tersebut dibelinya empat tahun lalu untuk dijadikan bantal peneman anaknya.

“Kitty ini dah dengan anak saya dari lahir smpai sekarang empat tahun. It’s about the value, and smell (ini semua kerana nilai barang itu dan juga baunya). Ganjaran RM200.

“Keadaan terakhir (Hello Kitty) reben merah dekat kepala dan tali dah tak ada. Sedikit lebih kecut dari dalam gambar sebab gambar ini setahun lepas. Maaf Airis, daddy dah cari merata tempat tak jumpa,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI