fbpx

Anggota Dewan Rakyat tak puas hati disaman polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIDIN tidak berpuas hati video dia disaman dirakam. – Katada

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) tidak berpuas hati dengan tindakan polis yang menyamannya dalam satu sekatan jalan raya, lapor laman berita Lombok Post hari ini.

Anggota DPRD daripada Parti Amanat Nasional (PAN) bernama Rafidin ditahan kerana tidak membawa lesen memandu selain cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh.

“Sijil kebenaran beroperasi kenderaan jenis Fortuner milik Ahli DPRD Kabupaten Bima mati pada tahun 2020 dan cukai jalan untuk tahun ini juga telah mati.

“Lelaki ini mengugut saya, saya hanya menjalankan tugas,” kata anggota polis kepada perakam video.

Dalam masa sama, Rafidin dilihat berusaha untuk menghalang tindakan anggota polis tersebut dan tidak berpuas hati kerana kejadian itu dirakam.

“Encik, tidak perlu dibaca secara kuat begitu. Mengugut apa, siapa yang mengugut?” katanya.

Rafidin ketika dihubungi oleh Lombok Post berkata, ketika kejadian, dia mengakui terlupa membawa lesen memandu.

“Tiba-tiba video saya dirakam dan ditularkan. Ini yang saya sesali,” katanya.

Tambah Rafidin, kenyataan anggota polis yang menyebut bahawa sijil kebenaran beroperasi kenderaannya tamat tempoh pada tahun 2020 adalah tidak benar.

“Ia baru mati pada bulan Mei lalu. Apa yang ditularkan itu tidak benar dan boleh menjejaskan nama baik lembaga DRPD,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Bima, Asisten Komisioner Besar Polis Eko Sutomo mengesahkan kejadian itu dan menegaskan bahawa anggota polis tersebut menjalankan tugas seperti yang sepatutnya.

“Sekiranya ahli majlis merasakan ada sesuatu yang tidak wajar, beliau dijemput untuk menjelaskannya dengan pihak Polis Bima,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI