fbpx

7,004 projek bernilai RM88.92 bilion telah dianugerahkan sehingga Jun – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) merekodkan nilai projek pembinaan yang diaward (dianugerahkan) dari Januari sehingga Jun lalu bernilai RM88.92 billion membabitkan kira-kira 7,004 projek.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah tersebut merupakan lonjakan hampir 100 peratus berbanding nilai projek yang diaward dalam tempoh yang sama tahun 2023 iaitu RM47.8 bilion melibatkan 5,103 projek.

Jelasnya, peningkatan yang memberangsangkan ke atas nilai projek yang diaward itu mencerminkan kepada penanda aras positif terhadap prospek pertumbuhan negara sejak industri pembinaan mengalami penurunan dan pelbagai cabaran semasa tempoh pandemik dan pasca pandemik Covid-19.

“Rekod yang dicatatkan oleh CIDB untuk tahun 2024 ini menunjukkan daripada RM88.92 bilion tersebut, RM66 bilion atau 4,669 projek dari 7,004 projek adalah projek swasta, manakala RM22.4 bilion (2,335 projek) merupakan projek kerajaan.

“Nilai projek tertinggi mengikut kategori adalah projek bukan kediaman iaitu RM65.9 bilion (5,633 projek) diikuti projek infrastruktur RM13.8 bilion (814 projek), projek kediaman RM8.22 bilion (419 projek) dan projek kemudahan sosial RM1 bilion (138 projek),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alexander berkata, Selangor mencatatkan jumlah projek tertinggi mengikut negeri dengan RM32 bilion (1442 projek), Johor RM25.1 bilion (996 projek), Kuala Lumpur RM21.9 bilion (836 projek), Pulau Pinang RM15.7 bilion (439 projek) dan Sarawak RM13.7 bilion (459 projek). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI