fbpx

4 remaja kes perkosa budak bergilir-gilir bebas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT remaja lelaki sebelum ini direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi membantu siasatan kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

TELUK INTAN – Empat remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada Khamis lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kesemua suspek berusia 14 hingga 17 tahun itu dibebaskan selepas tempoh reman selama tiga hari berakhir semalam.

“Siasatan kes masih dijalankan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut sebaik sahaja siasatan selesai,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kesemua suspek dengan dua daripada mereka masih bersekolah ditangkap di sekitar Teluk Intan susulan laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa dirogol dalam kejadian berasingan pada Rabu.

Mangsa yang masih bersekolah itu mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh dua suspek di dalam kereta ketika berada di kawasan air terjun sekitar pukul 6.30 petang.

Kanak-kanak itu juga mendakwa dia dirogol oleh seorang lagi suspek pada pukul 8.30 malam ketika mengikut lelaki itu pulang ke rumahnya di daerah Hilir Perak selain kejadian terakhir berlaku di kawasan semak pada pukul 12.30 tengah malam (Khamis).

Berdasarkan siasatan, mangsa mengenali suspek pertama berusia 16 tahun melalui media sosial sebelum dia diperkenalkan kepada tiga suspek lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI