fbpx

Wanita mati ditembak di Kuala Nerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat seorang wanita dipercayai warga Thailand dengan kesan tembakan di Durian Burung, dekat Kuala Nerang, semalam.

KUALA NERANG – Seorang wanita dipercayai warga Thailand ditemui mati dipercayai akibat ditembak di tepi jalan lama dekat Durian Burung, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 malam.

“Sepasukan anggota yang dihantar ke lokasi kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada wanita terbabit. Mangsa dipercayai warga Thailand, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI