fbpx

[VIDEO] ‘Selamat bersara Uncle Mano’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uncle Mano diraikan sempena persaraannya di SK Convent (2) Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

PETALING JAYA – Seorang pembantu am rendah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (2) Bukit Nanas, Kuala Lumpur diraikan dengan meriah oleh warga sekolah tersebut sempena persaraannya pada Khamis lalu.

Menerusi video dikongsikan guru sekolah itu iaitu Ticer Mimie di TikTok, pembantu am rendah dikenali sebagai R. Manohar atau mesra dipanggil Uncle Mano diarak seperti pengantin pada majlis dianjurkan untuknya.

Dia diarak oleh guru dan murid yang memegang bunga manggar menuju ke dewan, seterusnya Uncle Mano dikalungkan dengan bunga.

Pelbagai hadiah turut diberikan oleh guru dan murid, malah dia turut dibawa menaiki motosikal mengelilingi sekitar sekolah.

Bukan itu sahaja, warga sekolah turut menyediakan kek sempena ulang tahun kelahiran Uncle Mano.

“Happy birthday to you (selamat hari lahir untuk kamu) Uncle Mano. Uncle Selvam merupakan BFF (best friends forever) menyuapkan kek buat kali terakhir. Lepas ni Uncle Selvam tak ada teman nak gurau dah. Bergambar kenang-kenangan bersama uncle. Terima kasih uncle banyak bantu kami selama ini. Budi baik uncle takkan kami lupakan,” tulis Ticer Mimie pada kapsyen video itu.

Menjawab pertanyaan pengguna TikTok lain, guru tersebut menceritakan Uncle Mano juga bertindak sebagai ketua bahagian pembersihan di sekolah itu.

“Dia lah ketua bahagian ‘cleaner’ juga. Senang minta tolong apa-apa dengan dia. Pintu kelas rosak ke, kerusi meja tak cukup ke, dia tolong carikan,” katanya.

Selain itu, orang ramai turut mengucapkan penghargaan kepada Uncle Mano yang telah berkhidmat di SK Convent (2) Bukit Nanas.

“Selamat bersara Uncle Mano. Walau apa pun jawatan dan pangkat seseorang itu, kita patut buat macam ni. Seronok tengok Uncle Mano ‘enjoy’,” komen Nor-Izra Samsudin.

“Selamat bersara Uncle Mano, kami akan merindui anda. Saya bekas murid SK Convent (2) Bukit Nanas 2009 hingga 2014,” kata Athira. – KOSMO! ONLINE

@mimiemicha13 Selamat bersara Uncle.. #retirement #par #fyp #magnificentcbn2 #majlispersaraan ♬ original sound – ticer mimie 🐸

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI