fbpx

[VIDEO] Ka Siong kesal terkandas di KKIA, penerbangan ditunda lima kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PETALING JAYA – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kecewa kerana terkandas di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) selama beberapa jam, dari petang semalam hingga awal pagi tadi.

Beliau dalam satu hantaran mendakwa, syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia menukar jadual penerbangan dari Kota Kinabalu ke Sandakan, Sabah sebanyak lima kali.

Menurutnya, beliau membeli tiket penerbangan AirAsia AK6498 dari Kota Kinabalu ke Sandakan dengan waktu penerbangan asal pukul 3.10 petang pada 20 Julai 2024.

“Seawal pukul 8.40 pagi pada 20 Julai 2024 saya menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari AirAsia bahawa penerbangan saya ditunda kepada pukul 5.55 petang pada 20 Julai 2024.

“Sekitar pukul 2 petang selepas saya ‘check out’ dari Hotel Le Meridian KK, saya sekali lagi dimaklumkan oleh Air Asia penerbangan saya ditunda kepada pukul 11.30 malam, 20 Julai 2024.

“Pada pukul 8.55 malam, 20 Julai 2024, saya menerima mesej dari AirAsia bahawa penerbangan saya BKI-SDK akan ditunda kepada pukul 2.10 pagi pada 21 Julai 2024,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Ka Siong berkata, bagaimanapun pada pukul 10.15 malam, 20 Julai 2024 beliau dimaklumkan pula oleh AirAsia bahawa penerbangannya akan diawalkan kepada pukul 1.30 pagi pada 21 Julai 2024.

Justeru katanya, beliau tiba di KKIA sebelum pukul 1 pagi, namun kakitangan AirAsia mengesahkan penerbangan AK6498 dibatalkan dan segala maklumat mengenai penerbangan hanya akan diketahui dan dimaklumkan kepada penumpang pada pukul 7 pagi , 21 Julai 2024.

“Teruk, teruk, teruk kenapa tak maklumkan kepada saya lebih awal? Saya baru sewa sebuah bilik di Promenade Hotel KK untuk mandi dan rehat dan ‘check out’ pada pukul 12.35 pagi 21 Julai 2024.

“Kalau AirAsia dah nak batalkan penerbangan AK6498, awal-awal lagi patut maklumkan kepada penumpang dan jangan sesekali memberi maklumat atau harapan palsu kepada penumpang berkali-kali.

“Saya dapati ramai pelanggan AirAsia terkandas di KKIA. Kasihan mereka. Sekumpulan penumpang yang saya temui di Promenade Hotel marah dengan syarikat penerbangan tersebut tidak mengatur sebarang penginapan kepada penumpang yang terkandas selama dua hari sehingga Isnin depan.

“Pihak AirAsia sepatutnya bersikap lebih profesional dalam pengurusan krisis sebegini. Rakyat biasa yang sengsara,” katanya.

Kata Ka Siong, beliau terpaksa membatalkan programnya di Sandakan yang dijadualkan pukul 7 malam pada 20 Julai 2024 dan program pukul 10 pagi apea 21 Julai 2024 disebabkan insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI