fbpx

Tottenham pantau perkembangan McTominay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCTOMINAY berada dalam senarai pemain yang sedia dilepaskan United pada jendela perpindahan kali ini. - AFP

MANCHESTER – Manchester United meletakkan tanda harga sekurang-kurangnya £40 juta (RM235 juta) untuk bersedia menjual pemain mereka, Scott McTominay yang kini khidmatnya sedang diintai oleh Tottenham Hotspur.

The Red Devils sebelum ini telah menolak tawaran dari Fulham, tetapi pemain berusia 27 tahun itu mungkin perlu dijual untuk menyeimbangkan kewangan dan menyokong perbelanjaan besar pada musim panas ini.

United telah menyelesaikan perpindahan bernilai £36.5 juta (RM215 juta) untuk penyerang Belanda, Joshua Zirkee dari Bologna serta menyelesaikan perjanjian £52 juta (RM306 juta) untuk pemain pertahanan Perancis, Leny Yoro dari Lille.

Menurut laporan, McTominay juga diminati oleh kelab gergasi Turki, Galatasaray, tetapi pemain tengah itu lebih suka kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan perpindahan ke Tottenham kini muncul sebagai pilihan selepas kelab itu gagal mendapatkan pemain Chelsea, Conor Gallagher.

Pengurus Tottenham Hotspurs, Ange Postecoglou, dipercayai mengagumi McTominay dan berpendapat dia boleh menambah dimensi baru kepada pasukannya bersama James Maddison.

Terdahulu, McTominay hampir meninggalkan United musim panas lalu dengan West Ham telah membuat tawaran, namun rundingan tersebut gagal dan dia kekal bersama The Red Devils untuk menikmati musim yang cemerlang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI