PETALING JAYA – Kubur Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang tidak putus-putus menerima kunjungan daripada orang ramai.
Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok Bunkkos Mayatt, individu itu memberitahu dia berada di situ kira-kira empat jam serta mendapati masih ramai yang mengunjungi kubur Nur Farah Kartini.
“Aku duduk empat jam di kawasan ini, tak putus orang ziarah. Apalah amalan arwah Farah Kartini. Serius aku dapat rasa dia ni lain daripada lain. Semoga Allah merahmati roh dan jasadnya,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.
Video itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang berkongsi cerita peribadi arwah Nur Farah Kartini.
“Ada nampak kawan dia ‘share’ arwah sangat menjaga solat walau kat mana dia berada,” komen seorang individu.
“Sebab tu ramai orang sayang arwah Nur Farah Kartini. Solat dan doa arwah, amalan tak tinggal semua orang,” ujar pengguna TikTok yang lain.
“Orang baik Allah tunjukkan pada kita yang hidup ni. Kematian dia semua orang bersedih, sebak walaupun kita tidak mengenali arwahnya,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@bunkkos_mayatt06 Apalah amalan arwah Farah Kartini 😥.. Serius wey aku dapat rasa dia ni lain dari lain.. semoga Allah merahmati roh dan jasad nya 🤲 #FarahKartini ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan