fbpx

Selamatkan kami di Bangladesh – Penuntut Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penuntut Malaysia di Bangladesh meminta Wisma Putra memberikan perlindungan kepada mereka susulan situasi di negara tersebut.

PETALING JAYA – Penuntut Malaysia di Bangladesh meminta Wisma Putra untuk memberi perlindungan kepada mereka susulan ketegangan di negara tersebut ekoran protes yang menyaksikan pertembungan antara pelajar Bangladesh dan pasukan keselamatan.

Penuntut Malaysia dikenali sebagai Akmal Azizan pada aplikasi X mendakwa, mereka telah meminta tempat perlindungan daripada kedutaan Malaysia di sana, namun dikatakan tiada akses tersebut.

“Selamatkan rakyat Malaysia di Bangladesh. Dah minta tempat untuk berlindung di kawasan kedutaan, tapi katanya tiada akses untuk buat semua tu.

“Cuma suruh balik Malaysia guna duit sendiri saja. Jalan ke lapangan terbang tutup, ada pelajar Malaysia sangkut dan dipaksa untuk patah balik.

“Saya ‘fight’ untuk penempatan yang selamat saja. Semua kedutaan negara lain dah panggil pelajar untuk berlindung di kedutaan masing masing,” katanya pada hantaran tersebut.

Akmal Azizan juga memberitahu talian telefon telah dipotong di negara itu.

“Line (talian) dah kena potong dua hari dah tu. VPN pun tak boleh guna,” katanya.

Hantaran Akmal Azizan turut mendapat perhatian salah seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Boleh sesiapa tolong maklum Akmal Azizan untuk ‘check’ mesej peribadi? Pegawai Wisma Putra ada mesej untuk tujuan komunikasi secara terus,” kata Mohd. Faizal Hassan.

Terdahulu Kosmo! memaklumkan, pelajar Malaysia yang terkesan susulan insiden protes di Bangladesh kini dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka demi keselamatan mereka.

Kementerian Luar berkata, pihak Suruhanjaya Tinggi di sana turut mempertimbangkan semua opsyen yang ada termasuk evakuasi jika perlu berdasarkan penilaian terhadap situasi semasa

Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu pelajar Bangladesh berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018.

Susulan itu, negara berkenaan mengumumkan penutupan semua universiti awam dan swasta mulai semalam susulan berkenaan semakin memuncak minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI