fbpx

RTM lapor polis fitnah terhadap hantaran di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Laporan polis telah dibuat berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap Radio Televisyen Malaysia (RTM) membabitkan satu hantaran di Facebook berkenaan pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah menghubungi Meta Platforms Inc (Meta) berhubung kesilapan terjemahan yang berlaku.

“Menurut META, mereka sudah membetulkan keadaan,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X, hari ini.

Sementara itu, RTM dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris.

Menurut RTM, apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan secara automatik oleh sistem Facebook.

“Jika pengguna mengaktifkan terjemahan secara automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul. Terjemahan bahasa lnggeris oleh sistem Facebook adalah salah.

“RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena lstiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17,” jelas RTM.

Menurut kenyataan itu, RTM telah membuat laporan polis dan pihak MCMC telah menghubungi Meta berkaitan terjemahan yang salah oleh sistemnya.

“Meta juga telah mengesahkan bahawa mereka telah membetulkan masalah tersebut,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melahirkan rasa kesal fitnah yang dilemparkan terhadap RTM.

Menurut beliau, fitnah yang disebarkan itu hingga menyebabkan ada yang memintanya supaya bunuh diri.

Fahmi turut berkongsi tangkap layar hantaran asal RTM di Facebook dalam bahasa Melayu dan hantaran yang diterjemah secara silap dalam bahasa Inggeris.

Hantaran asal adalah ‘Junjung kasih kepada Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong ke-17’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI