fbpx

Remaja lembam lahirkan ‘bayi’ bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

DUNGUN – Rahsia seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam berusia 13 tahun dipercayai diperkosa bapa kandung terbongkar apabila dia melahirkan bayi di sebuah klinik kesihatan di daerah ini semalam.

Mangsa melahirkan bayi perempuan di klinik kesihatan berkenaan pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, remaja perempuan berkenaan dihantar ke klinik kesihatan terbabit setelah mengadu sakit perut.

“Begitupun pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil. Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba mengadu sakit sebelum bersalin di klinik kesihatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, remaja perempuan OKU itu dan bayinya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun di sini untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, susulan itu, bapa mangsa berusia 45 tahun telah ditahan hari ini untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal percaya buruh itu telah memperkosa anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun. Dia juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI