fbpx

Penerbangan beransur pulih selepas huru-hara CrowdStrike 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang beratur panjang untuk mendaftar masuk di kaunter Delta Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Milwaukee Mitchell, Milwaukee, Wisconsin kelmarin. - AFP 

PARIS – Pesawat-pesawat di seluruh dunia mula berlepas secara beransur-ansur semalam selepas syarikat penerbangan global, bank dan media dilanda huru-hara.

Ia berikutan salah satu gangguan IT terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ekoran kemas kini kepada program antivirus.

Bilangan penumpang meningkat di sejumlah besar lapangan terbang seluruh dunia kelmarin apabila berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan selepas kemas kini kepada program yang beroperasi pada sistem Microsoft Windows tergendala.

Menjelang semalam, pegawai berkata, keadaan kembali normal di lapangan terbang di seluruh Jerman dan Perancis, ketika Paris bersedia untuk mengalu-alukan berjuta-juta orang sempena Sukan Olimpik yang bermula Jumaat ini.

Beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) dan lapangan terbang di seluruh Asia berkata, mereka telah menyambung semula operasi, dengan perkhidmatan daftar masuk dipulihkan di Hong Kong, Korea Selatan dan Thailand.

Sebahagian besar pula kembali normal di India, Indonesia dan di Lapangan Terbang Changi Singapura setakat petang semalam.

Microsoft menganggarkan semalam bahawa 8.5 juta peranti Windows terjejas dalam gangguan IT global itu sambil menambah, jumlah tersebut adalah kurang satu peratus daripada semua peranti Windows.

“Walaupun peratusannya kecil, impak ekonomi dan masyarakat yang luas mencerminkan penggunaan CrowdStrike oleh perusahaan yang menjalankan banyak perkhidmatan kritikal,” katanya.

Microsoft berkata, isu itu bermula pada pukul 7 petang (waktu tempatan) Khamis lalu, menjejaskan pengguna Windows yang menjalankan perisian keselamatan siber CrowdStrike Falcon. 

CrowdStrike merupakan syarikat keselamatan siber di sebalik gangguan IT global tersebut.

Berpangkalan di Texas, AS, ia adalah peneraju dalam sektornya, yang terkenal kerana membina pertahanan perisian untuk pengkomputeran awan dan mendedahkan ancaman Russia serta Korea Utara. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI